Monday, September 23, 2013

KEPADA SEMUA PELAJAR RBT3112

Salam kepada semua anak2 RBT3112.
Sila download bahan kuliah yang abah pilih dari hasil modul yang dihantar supaya dapat dijadikan bahan nota untuk ulangkaji bagi persiapan 20% lagi markah KK dalam bentuk Ujian Bertulis.  Seterusnya bahan kuliah itu boleh dijadikan bahan rujukan untuk persediaan peperiksaan akhir nanti.
Selamat membuat ulangkaji.  Terima kasih dan selamat berjaya.

KULIAH 8


KULIAH 8

KULIAH 7

KULIAH 7

KULIAH 5

KULIAH 5

KULIAH 4

KULIAH 4

Sunday, August 4, 2013

Bahan Kuliah 4 dan Kerja Kursus Dimurnikan

Salam anak-anak.  Abah ucapkan ribuan terima kasih di atas doa anak-anak ke atas kesihatan abah. Alhamdulillah selepas menjalani pembedahan tulang belakang, kesakitan pinggang mula reda dan boleh tahan kesakitan.  Abah masih berlatih  bertatih sebelum boleh berjalan seperti sediakala.

Di sini abah upload nota kuliah 4 serta dokumen kerja kursus yang dimurnikan terkini.  Gunakan dokumen kerja kursus dalam folio.  Dokumen yang lama boleh terus digunakan untuk menyiapkan folio dan modul tetapi jangan dimasukkan ke dalam folio.

Arahan terkini, setiap ahli wajib menulis penulisan refleksi masing-masing dan masukkan kedalam folio.  Akan dinilai secara individu.  Sekian Terima Kasih.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. CARILAH MALAM LAILATULQADAR PADA 10 MALAM RAMADAN TERAKHIR.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

KULIAH 4 
BAHAN KK TERKINI:
1. JST
2. SOALAN TUGASAN
3. RUBRIK
4. BORANG KOLABORASI
5. LAMPIRAN A

Tuesday, July 9, 2013

Salam.
Maaf kepada anak2 kerana Abah kurang sihat.  Sila download nota 2, nota 3 dan bahan Kerja Kursus iaitu JST , Rubrik dan Soalan Tugasan.  Sila download dan print bahan KK dan dapatkan tandatangan Abah dan Tn. Hj. Ismail b. Baharudin(KJ) sebagai pengesahan. TK