Monday, September 23, 2013

KEPADA SEMUA PELAJAR RBT3112

Salam kepada semua anak2 RBT3112.
Sila download bahan kuliah yang abah pilih dari hasil modul yang dihantar supaya dapat dijadikan bahan nota untuk ulangkaji bagi persiapan 20% lagi markah KK dalam bentuk Ujian Bertulis.  Seterusnya bahan kuliah itu boleh dijadikan bahan rujukan untuk persediaan peperiksaan akhir nanti.
Selamat membuat ulangkaji.  Terima kasih dan selamat berjaya.

KULIAH 8


KULIAH 8

KULIAH 7

KULIAH 7

KULIAH 5

KULIAH 5

KULIAH 4

KULIAH 4

Sunday, August 4, 2013

Bahan Kuliah 4 dan Kerja Kursus Dimurnikan

Salam anak-anak.  Abah ucapkan ribuan terima kasih di atas doa anak-anak ke atas kesihatan abah. Alhamdulillah selepas menjalani pembedahan tulang belakang, kesakitan pinggang mula reda dan boleh tahan kesakitan.  Abah masih berlatih  bertatih sebelum boleh berjalan seperti sediakala.

Di sini abah upload nota kuliah 4 serta dokumen kerja kursus yang dimurnikan terkini.  Gunakan dokumen kerja kursus dalam folio.  Dokumen yang lama boleh terus digunakan untuk menyiapkan folio dan modul tetapi jangan dimasukkan ke dalam folio.

Arahan terkini, setiap ahli wajib menulis penulisan refleksi masing-masing dan masukkan kedalam folio.  Akan dinilai secara individu.  Sekian Terima Kasih.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. CARILAH MALAM LAILATULQADAR PADA 10 MALAM RAMADAN TERAKHIR.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

KULIAH 4 
BAHAN KK TERKINI:
1. JST
2. SOALAN TUGASAN
3. RUBRIK
4. BORANG KOLABORASI
5. LAMPIRAN A

Tuesday, July 9, 2013

Salam.
Maaf kepada anak2 kerana Abah kurang sihat.  Sila download nota 2, nota 3 dan bahan Kerja Kursus iaitu JST , Rubrik dan Soalan Tugasan.  Sila download dan print bahan KK dan dapatkan tandatangan Abah dan Tn. Hj. Ismail b. Baharudin(KJ) sebagai pengesahan. TK

Tuesday, July 2, 2013

Sunday, March 3, 2013

Salam.
Kepada semua anak2 RBT3109. Sila download nota bagi kuliah Pengajaran secara Berkumpulan yang telah Abah upload ke dalam blog.  TK.
Kilk di sini: P&P Secara Berkumpulan

Thursday, January 31, 2013

Salam Anak2 RBT3109 B.
Aktiviti pada hari Isnin (4 Feb. 2013) minggu depan adalah latihan mengurus hamster yang telah diterima dari Tn. Hj. Ismail.
Segala panduan ada dalam bahan kuliah yang abah upload di blog ini.  Pastikan anak2 baca dengan teliti sebagai bahan kuliah dan sebagai panduan latihan hari Isnin depan.TK.
Sila klik di sini: Pengurusan Hamster

Monday, January 28, 2013

Salam.  Kepada anak2 RBT B.
Abah telah upload 4 file bagi membantu anak2 menyiapkan bahan dokumentasi yang sepatutnya dimulakan dari sekarang untuk diserahkan sebagai folio dokumentasi pada hari Ujian Amali yang sebenar.

Klik:  1.  Hamster
         2.  Ikan Hiasan
         3.  Info Am
         4.  Rubrik
Salam Anak2.
Di sini Abah upload beberapa file artikel dan hasil penyelidikan yang boleh dijadikan rujukan dalam penulisan jurnal reflektif secara akademik.  selamat menggunakan bahan2 tersebut.

Klik:  1.  BBM dalam P&P
         2.  KBKK dalam P&P
         3.  Keberkesanan Kaedah Amali Dalam P&P
         4.  Kerja Amali Dalam P&P
         5.  Keberkesanan ppt dan internet dalam P&P

Friday, January 25, 2013

SALAM.
KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM DI BAWAH SELIAN ABAH, SILA RUJUK KEPADA BAHAN YANG ABAH UPLOAD KE DALAM BLOG UNTUK MENDAPATKAN BAHAN BACAAN UNTUK MEMBANTU PENULISAN JURNAL MINGGUAN AGAR LEBIH BERBENTUK PENULISAN AKADEMIK.
KLIK KAT SINI: 1. Howard Gardner
                             2. www.infed.org/thinkers/gardner.htm
                             3. http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html
                             4. Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
  

Friday, January 18, 2013

ARAHAN TUGAS ISNIN(21 JAN) DAN RABU(23 JAN)

Salam.
Kepada anak2 RBT B Sem 5.
Abah akan terlibat dalam mesyuarat pembinaan soalan amali RBT3019 yg akan diadakan di IPG Kampus Perlis pada 21 - 23 Januari 2013.

Oleh yang demikian bagi mengisi ruangan kuliah, tutorial dam amali pada minggu tersebut, berikut adalah
arahan tugasan yang perlu dilaksanakan.

ARAHAN TUGASAN:

ISNIN 21 JANUARI 2013:

1.  Pilih satu daripada 7 akuarium besar mengikut kumpulan.
2.  Pindahkan semua ikan ke akuarium individu mengikut tabiat pemakanannya.
3.  Bersihkan akuarium besar tersebut, alat dan aksesorinya sekali.
4.  Keringkan kesemua akuarium, bahan, alatan dan aksesori.

RABU 23 JANUARI 2013:

1.  Tentukan tema, lukis pelan lanskap dan susun atur lanskap pilihan seperti ujian amali sebenar.
2.  Masukkan air.
3.  Lakukan rawatan air.
4.  Sebagai persediaan ujian amali sebenar, reka dan bina penutup akuarium serta pasang aksesori lampu.
5.  Tugas selesai.

Selamat menjalankan tugasan.  Terima kasih.

Sunday, January 13, 2013

......Tambahan kepada NOTA terdahulu, sila dapat nota seterusnya, baca serta fahamkan isi kandungannya kerana ia perlu sebagai pengetahuan asas bagi pelajar untuk berlatih membina sebuah akuarium dan seterusnya bersedia dan berpengalaman untuk menghadapi Ujian Amali kelak. Sekian.
Sila klik: NOTA Seterusnya.
Salam.  Kepada semua pelajar RBT B sila dapatkan nota Abah sebagai persiapan dan latihan menyediakan sebuah akuarium.
Dapatkan nota tersebut pada link berikut: NOTA

Thursday, January 10, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Kuliah 1

Sila rujuk nota kuliah Hamster
Salam.  Kepada semua pelajar RBT3109 Kump. A dan B.
Aktiviti Kajian lapangan akan dijalankan pada hari Khamis bersamaan 10 Januari.
Sila berkumpul di Foyer Jabatan Pengajian Teknikal pada jam 9 pagi untuk menaiki bas.
Kepada Kump. A, kebenaran telah diperolehi dari Tn. Hj. Ismail bagi tujuan kajian lapangan ini.
Lembaran tugasan telah diedarkan kepada Saudara Naim Syahmi dari Kump RBT B.

Sila klik Lembaran

Tugasan

Salam.  Kepada semua pelajar mengambil mata pelajaran RBT3109. Sila muat turun Arahan Tugasan 1.

Sila klik link: Tugasan1