Friday, January 18, 2013

ARAHAN TUGAS ISNIN(21 JAN) DAN RABU(23 JAN)

Salam.
Kepada anak2 RBT B Sem 5.
Abah akan terlibat dalam mesyuarat pembinaan soalan amali RBT3019 yg akan diadakan di IPG Kampus Perlis pada 21 - 23 Januari 2013.

Oleh yang demikian bagi mengisi ruangan kuliah, tutorial dam amali pada minggu tersebut, berikut adalah
arahan tugasan yang perlu dilaksanakan.

ARAHAN TUGASAN:

ISNIN 21 JANUARI 2013:

1.  Pilih satu daripada 7 akuarium besar mengikut kumpulan.
2.  Pindahkan semua ikan ke akuarium individu mengikut tabiat pemakanannya.
3.  Bersihkan akuarium besar tersebut, alat dan aksesorinya sekali.
4.  Keringkan kesemua akuarium, bahan, alatan dan aksesori.

RABU 23 JANUARI 2013:

1.  Tentukan tema, lukis pelan lanskap dan susun atur lanskap pilihan seperti ujian amali sebenar.
2.  Masukkan air.
3.  Lakukan rawatan air.
4.  Sebagai persediaan ujian amali sebenar, reka dan bina penutup akuarium serta pasang aksesori lampu.
5.  Tugas selesai.

Selamat menjalankan tugasan.  Terima kasih.

2 comments:

Ahmad Safuan said...

terima kasih abah,insya Allah kami akan jalankan semua tugasan yg diberi :)

Unknown said...

alright, thanks abah